Tajuk: Penglibatan
Pelajar Tingkatan Empat dalam pembelajaran Koperatif di MRSM Tun Ghafar Baba
Pendahuluan :
Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang berkesan
dan efektif adalah aspek penting dalam proses pembangunan negara dalam
meningkatkan bakat, kemahiran, kekreatifan dan semangat bangsa. Lebih-lebih
lagi dalam menghadapi pelbagai perubahan dan pembaharuan yang sedang berlaku
sekarang ini dalam era teknologi maklumat yang tiada batasannya sekarang.
Terdapat pelbagai kaedah P&P yang boleh diaplikasikan. Diantaranya ialah
pembelajaran koperatif atau pembelajaran secara berkumpulan terbimbing.
Menurut Borhan (2001) pembelajaran koperatif atau
pembelajaran berkumpulan terbimbing adalah merupakan pembelajaran dalam
kumpulan. Pembelajaran koperatif juga merupakan pendekatan pembelajaran yang
mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea,
berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dan belajar melalui
pengalaman mereka sendiri.
Penyataan Masalah :
1. Pelajar tingkatan 4
yang belajar di MRSM kurang menguasai kaedah berbahasa dengan baik. Hal ini mungkin berpunca daripada aspek:
·
Pembelajaran semasa PT3 yang mudah.
·
Tidak menghasilkan karangan panjang. Hanya perlu menulis
karangan 180 patah perkataan sahaja.
2. Tidak dapat
memberikan huraian yang bernas dalam karangan kerana kekurangan pengalaman
diri.
·
Tiada input yang seragam dalam sesuatu aktiviti.
·
Tidak pernah melakukan aktiviti tersebut dengan keluarga atau
dengan rakan sepanjang kehidupan mereka.
3. Penglibatan sebagai
pasukan kerja.
·
Rakan baru dan bermasalah menyesuaikan diri.
·
Menjadi pasif dalam perbincangan tanpa aktiviti luar yang
dilaksanakan.
Objektif
1. Pembelajaran
koperatif “group invastigation” dalam P&P Bahasa Melayu.
2. Mewujudkan
kerjasama antara rakan dalam tugasan yang diberi.
3. Menanam sikap ingin
tahu, bertanggungjawab dan berkongsi pengalaman semasa aktiviti dijalankan.
Kaedah
1. 2 kumpulan dari
tingkatan 4 akan menjadi kumpulan kawalan akan menjalankan aktiviti ini.
2. Mereka diberikan
tugasan berkumpulan dan akan menjalani aktivti tersebut.
3. Soal selidik mudah
disediakan berkaitan keberkesanan aktiviti.
4. Penulisan karangan
berkaitan topik / aktiviti yang dijalankan.
5. Peningkatan
pengetahuan dengan memberikan input aktiviti dalam penulisan.
Dapatan :
Kesimpulan;
Konsep pembelajaran koperatif “group invastigation” merupakan
salah satu aktiviti interaktif yang boleh diimplimentasikan dalam P&P
bahasa Melayu. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi
pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar di peringkat sekolah. Pada
peringkat ini pelajar-pelajar yang baru memasuki peringkat ini perlu dijar dan
diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar mereka
bertanggungjawan atas pembelajaran mereka. Kaedah kumpulan sama kebolehan
membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan
aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing.
Comments
Post a Comment