PILIHAN ISI KARANGAN

Karangan – Syarahan/ Ceramah/ Ucapan
A. Bahagian Pengenalan
Bahagian ini merupakan mukadimah ataupun pembuka kata dalam karangan jenis ini. Bahagian ini merupakan kata alu-aluan ataupun kata penghadapan kepada hadirin yang datang. Contohnya:
“Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru serta rakan pelajar sekalian.” Ucapan salam keagamaan juga boleh digunakan oleh para pelajar.
            Pada bahagian ini juga, dimasukkan tujuan menyampaikan ucapan, syarahan ataupun ceramah dan juga menyatakan tajuk perkara yang hendak disampaikan.
Contohnya;
“Tujuan saya berada di pentas yang serba indah pada pagi ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk…”

B. Bahagian isi atau huraian.
Pada bahagian ini, para pelajar perlu menyampaikan isi yang telah dirangka dengan menghuraikan sejelas mungkin. Seboleh-bolehnya pada setiap awal perenggan isi dimulai dengan kata-kata ucapan kepada hadirin.
Contohnya:
Saudara dan saudari sekalian, … ataupun. Hadirin yang dkasihi, … ataupun. Tuan-tuan dan puan-puan (mana-mana satu mengiikut kesesuaian). Kemudian barulah diikuti oleh ayat pengenalan isi dan huraiannya.

C. Bahagian Penutup
            Bahagian ini menandakan penulis akan mengakhiri syarahannya, ucapan ataupun ceramahnya. Bahagian ini perlu dimasukkan sebagai suatu keperluan format. Contohnya:
Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa … ataupun. “Untuk Mengakhiri ucapan saya…” (kebiasaannya diakhiri dengan ucapan “ Sekian, terima kasih”)




Karangan – Format Syarahan
Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”. Tulis syarahan anda itu selengkapnya,

A. Pendahuluan
Kata pembuka majlis mengikut hirarki hadirin.
Tujuan syarahan
Takrif “Bersatu teguh, bercerai roboh”

B. Cadangan isi karangan
Kepentingan slogan “Bersatu teguh. Bercerai roboh”

i. Penting dalam sebuah negara berbilang bangsa.
  • Mengelakkan prasangka perkauman dalam sebuah negara berbilang bangsa.
  • Membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu

ii. Membentuk keharmonian dalam bangsa
  • Mewujudkan suasana aman dalam negara
  • Rakyat bebas mengamalkan budaya masing-masing tanpa rasa khuatir

iii. Mewujudkan kestabilan politik dalam negara
  • Mengelakan suasana tidak aman yang dapat mengancam suasana stabil

iv. Mengelakkan ancaman dari luar sekiranya rakyat bersatu padu.
  • Kuasa luar tidak mempunyai alasan untuk campur tangan dalam urusan dalam negara Malaysia.

C. Penutup
Amat penting dalam sebuah negara berbilang bangsa.
Perlu dijadikan slogan bagi kejayaan san kecemerlangan Malaysia




Karangan – Syarahan jenis pertandingan
Sekolah anda telah mengadakan pertandingan syarahan sempena Bulan Bahasa yang diadakan di sekolah anda.
Anda telah menyertai pertandingan tersebut yang bertajuk “Sukan Pembentuk Perpaduan Negara”. Tuliskan syarahan anda selengkapnya.
(Syarahan tersebut berbentuk pertandingan. Karangan ini memerlukan pelajar membuat syarahan dengan menghuraikan fakta berkaitan dengan peranan yang boleh dimainkan oleh sukan  dalam membantuk perpaduan bangsa dalam negara).

A. Pendahuluan
  • Ucapan kepada hadirin
  • Ucapan pengenalan tajuk syarahan.

B. Isi Karangan
i. memupuk semangat kekitaan dalam pasukan
  • Sesuai dengan negara berbilang bangsa seperti Malaysia

ii. Menyemai semangat kerjasama dalam pasukan yang berlainan bangsa.
  • Kerjasama yang terjalin akan membentuk perpaduan secara tidak langsung.

iii. Menyatukan rakyat berbilang bangsa untuk menyokong pasukan negara.
  • Boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

iv. Bersatu-padu demi meningkatkan nama negara di mata dunia.
  • Dapat menjadi contoh kepada dunia bahawa Malaysia memiliki perpaduan sesame rakyat yang berbilang bangsa.

C. Penutup
  • Kepentingan sukan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat
  • Tanpa perpaduan negara akan musnah.




Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan sempena Bulan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah “Faedah-faedah Menyertai Persatuan Akademik di sekolah”. Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.

A. Pendahuluan
ü  Kata alu-aluan pembuka majlis
ü  Peryataan tentang tujuan syarahan dalam kenyataan ringkas tentang kagiatan persatuan dan kenyataan ringkas tentang kegiatan persatuan akademik yang wujud di sekolah.
ü  Salah satu kegiatan kokurikulum yang wajar disertai semua pelajar.

B. Isi karangan
Faedah dan kebaikan menyertai sesuatu kegiatan Persatuan Akademik di Sekolah.
i. Meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran tertentu bergantung kepada jenis persatuan akademik yang dianggotai.
à    Kegiatan yang disertai menjurus kepada kemahiran dalam mata pelajaran berkenaan.

ii. Memanfaatkan masa lapang dengan berfaedah
à    Dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala yang tidak mendatangkan faedah

iii. Mengeratkan hubungan sesame rakan satu sekolah
à    Dapat menimba pengalaman daripada rakan-rakan yang lain
iv. Dapat membina diri menjadi pemimpin yang mampu mengendalikan sesuatu kegiatan dengan baik seandainya menjadi pengerusi, setiausaha ataupun jawatankuasa persatuan.

C. Penutup
à    Penyertaan dalam kegiatan Persatuan Akademik amat berfaedah kepada pelajar.
à    Sebagai latihan tambahan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Karangan – Ceramah
Anda telah diminta menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar bermasalah di sebuah sekolah. Tajuk ceramah anda ialah “ Kepentingan Disiplin dan Ketahanan Diri kepada Pelajar”. Tuliskan ceramah anda selengkapnya.

A. Pendahuluan
Format rasmi – ceramah
Ï Kata alu-aluan pembuka majlis
Ï Menyatakan tujuan memberikan ceramah dan menyatakan tajuk ceramah yang akan disampaikan.
Ï Huraikan juga secara ringkas keadaan disiplin pelajar pada masa kini.

B. Isi karangan
Sebab-sebab disiplin dan ketahanan diri penting kepada pelajar.
i.              Untuk membina sahsiah diri yang mantap dan membentuk warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara.
Ï Membantuk warganegara yang patuh pada peraturan dan undang-undang
ii.             Dapat menjamin sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang berkesan
Ï Memudahkan pihak sekolah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
iii.            Dapat menghindarkan diri daripada pengaruh negatif
Ï Pelajar dapat membezakan pengaruh yang baik dan sebaliknya.
iv.           Dapat memastikan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat.
Ï Dapat meghalang pelajar daripada terikut-ikut dengan gaya hidup yang boleh merosakkan masa depan.

C. Penutup
Disiplin dan ketahanan diri amat penting untuk memasyikan tatacara hidup masyarakat negara kita dikekalkan dan terhindar daripada pengaruh luar yang tidak sesuai dengan budaya negara kita.




Karangan – Pendapat
Keadaan cuaca yang berjerebu kerap dikaitkan denga pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bincangkan langkah-langkah yang pada pendapat anda berkesan untuk menangani masalah tersebut.

A. Pendahuluan
Pernyataan tentang masalah jerebu akibat pembakaran terbuka yang melanda negara sejak akhir-akhir ini. Hala tuju kehendak soalan.

B. Isi Karangan
Langkah mengatasi masalah pembakaran terbuka.

i. Langkah penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar
Ø  Pemantauan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti pembakaran.
Ø  Mengenakan denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
ii. Langkah melalui kempen di media massa secara berterusan
Ø  Kempen perlu dijalankan secara berterusan bukannya hanya ketika jerebu melanda.
Ø  Sentiasa mengigatkan orang ramai tentang bahaya pembakaran secara terbuka.
iii. Peranan orang ramai dengan melaporkan kejadian pembakaran secara terbuka.
Ø  Orang ramai perlu peka terhadap kejadian pembakaran secara terbuka.
Ø  Orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan menyedari bahaya pembakaran terbuka terhadap alam sekitar.
iv. Mengedarkan risalah tentang bahaya pembakaran terbuka du tempat awam.
Ø  Dapat menimbulkan kesedaran kepada orang ramai
Ø  Dapat sentiasa mengigatkan orang ramai.

C. Penutup
Pembakaran secara terbuka dapat menyebabkan masalah jerebu yang berterusan dan membahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.
Semua pihak harus memainkan peranan bagi mencegah pembakaran terbuka.

Karangan – Surat Kiriman Rasmi
Sebuah kawasan lapang berhampiran dengan tempat tinggal anda telah dijadikan tapak pelupusan sisa toksik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk mengadukan hal tersebut dengan menyatakan masalah yan dihadapi oleh penduduk yang tinggal berdekatan dengan tempat itu.

A. Pendahuluan
Memperkenalkan diri
Tujuan menulis surat aduan
Penyataan sejak bila masalah berkenaan timbul
Pernyataan masalah yang dihadapi

B. Isi Karangan
Perkara yang menimbulkan masalah dan masalah yang dihadapi penduduk
i. Menghidu bau bahan kimia
à    Penduduk tidak selesa kerana terpaksa menghidu bau bahan kimia.
à    Kadang kala bahan kimia mengelaurkan wap tertentu pada waktu pagi.

ii. Masalah penyakit akibat bahan kimia.
à    Terdapat penduduk yang mengalami alahan (alegi) dengan bahan kimia
à    Masalah penyakit kepada haiwan ternakan yang mencari makanan di kawasan berkenaan.
iii. Bahaya kepada kanak-kanak yang sering menggunakan kawasan lapang sebagai tempat bermain.
à    Kanak-kanak terdedah kepada bahaya bahan kimia
à    Menimbulkan penyakit pada jangka masa panjang.

iv. Menimbulkan pencemaran udara.
À      Wujud suasana tidak selesa kepada para penduduk.

C. Penutup
Harapan agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Karangan – Pendapat
Gejala lepak sering dikaitkan dengan sikap remaja pada masa kini yang gemar berfoya-foya.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?

A. Pendahuluan
Definisi melepak
Pernyataan tentang gejala melepak dalam kalangan remaja pada masa kini.
Bila? Di mana? Hala tuju kehendak soalan.

B. Isi karangan
Punca atau sebab-sebab remaja sering melepak

i. Terpengaruh dengan rakan sebaya
À      Terikut-ikut dengan perbuatan rakan sebaya
À      Mengikut ajakan rakan sebaya
ii. Kurang kawalan daripada ibu bapa
À      Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja
À      Ibu bapa tidak mengambil tahu tentang kegiatan anak-anak mereka.
À      Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada kanak-kanak
iii. Suasana rumah yang tidak selesa – masalah keluarga
À      Keadaan rumah yang terlalu sempit. Misalnya di rumah pangsa.
À      Adik-beradik terlalu ramai. Tidak selesa berada di rumah
iv. Terdapat banyak tempat untuk melepak.
À      Pusat membeli belah dan pusat hiburan
À      Wujud pusat permainan video yang tidak terkawal.

C. Penutup
Perlu ditangani segera sebelum menular dan merosakkan remaja. Remaja mudah terdedah kepada gejala negative jika meneruskan tabiat melepak.





Karangan – Pendapat
Kebakaran hutan semakin kerap berlaaku di negara kita terutamanya pada musim panas.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku dan nyatakan langkah untuk mencegahnya.

A. Pendahuluan
Pernyataan tentang kekerapan kejadian kebakaran hutan di Malaysia.
Bila kerap berlaku kebakaran. Keadaan kebakaran. Hala tuju kehendak soalan

B. Isi Karangan

Punca kebakaran dan langkah mencegah kebakaran hutan.
i. Sikap tidak bertanggungjawab petani yang membakar sisa tanaman dan kawasan hutan untuk tujuan penanaman
Petani mengambil jalan mudah untuk membersihkan hutan.
Petani mengambil jalan mudah menghapuskan sisa tanaman
ii. Pembuangan puntung rokok
Sikap tidak bertanggungjawab perokok
iii. Penguatkuasaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
Perlu memantau setiap punca kebakaran dan cuba mencari jalan mengatasinya.
Menahan sesiapa yang memulakan kebakaran
iv. Kempen melalui media massa (media cetak dan media elektronik) secara berterusan
  • Perlu dijalankan secara berterusan untuk sentiasa mengigatkan orang ramai.

C. Penutup
Perlu diberikan perhatian kerana jika dibiarkan mencemarkan alam dan menyebabkan jerebu yang sukar dikawal.
Dapat menyebabkan indeks kualiti udara tercemar dan membahayakan kesihatan.





Karangan – Perbincangan
Kerajaan Malaysia sedang menjalankan kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh negara.
Bincangkan kebaikan-kebaikan Program Kitar Semula.

A. Pendahuluan
Takrif kitar semula – penggunaan semula bahan buangan untuk mengelakkan pencemaran alam.
Pengasingan bahan buangan mengikut saiz dan jenis.

B. Cadangan Isi Karangan
Kebaikan ataupun faedah kempen kitar semula.
i. Dapat mengelakkan lambakan bahan buangan secara tidak terkawal.
  • Lambakan barang buangan yang dibuang merata-rata akan dapat dikumpulkan di satu tempat.
  • Pencemaran alam akibat pembuangan barangan terpakai dapat dikawal.
ii. Menjimatkan perbelanjaan pelupusan bahan buangan
  • Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan kawasan pembuangan sampah.
iii. Mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan alam sekitar
  • Masyarakat dapat dididik agar sentiasa menjaga kebersihan.
  • Rakyat akan lebih peka terhadap masalah pencemaran alam sekitar dan berusaha mengatasinya dengan menyahut seruan program kitar semula.

C. Penutup
Semua pihak perlu memberikan kerjasama bagi menjayakan kempen kitar semula.
Perlu dijadikan amalan oleh semua pihak.






Karangan – Peribahasa Jenis Fakta

Penulisan karangan peribahasa jenis fakta berbeza dengan karangan peribahasa bentuk cerita. Secara ringkas dalam penulisan karangan peribahasa berbentuk fakta perkara berikut dapat dijadikan penduan.

i.                    Pendahuluan – merupakan penjelasan tentang maksud peribahasa yang dijadikan asas soalan.
ii.                  Bahagian isi – merupakan perkara seperti
ü  Bagaimana peribahasa berkenaan boleh wujud
ü  Kaitannya dengan kehidupan manusia sehari-hari
ü  Pengajaran yang boleh diambil daripada peribahasa berkenaan.
iii.                Bahagian penutup – merupakan ulasan ataupun kesimpulan menyeluruh daripada perbincangan yang telah ditulis.
Tajuk Karangan
Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai peribahasa dan perumpaan untuk menggambarkan sesuatu perkara dengan lebih tepat. Berdasarkan peribahasa “Di mana ada kemahuan. di situ ada jalan”. Tuliskan karangan yang dapat menjelaskan peribahasa berkenaan.

Kerangka Karangan
1. Bahagian Pendahuluan
- penjelasan tentang asal usul peribahasa
- Peranan peribahasa dalam masyarakat
2. Bahagian perkembangan isi
-  maksud peribahasa – seorang yang mempunyai keinginan yang kuat akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamatnya.
- kaitannya dengan kehidupan seharian – misalnya dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun pekerja
- kepentingan peribahasa berkenaan dalam kehidupan sebagai prinsip
- pengajaran daripada peribahasa yang telah diterangkan
3. Bahagian penutup
- kesimpulan menyeluruh daripada perbincangan tentang berusaha dan tidak berputus asa dalam kehidupan.
Karangan – Peribahasa Jenis Cerita

Peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” perlu dijadikan pegangan semua anggota masyarakat pada hari ini.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
(maksud peribahasa: bersatu padu ataupun sama-sama menghadapi sesuatu perkara sama ada suka ataupun duka)

A. Pendahuluan
Ï Permulaan cerita – sebuah kampung yang di hui oleh mereka yang saling bekerjasama dalam segala hal.
Ï Memasukkan watak-watak yang sesuai dalam peranan yang dimainkan seperti watak ketua kampung, penduduk kampung dan sebagainya.


B. Caangan Isi Karangan
Ï Kisah yang menggambarkan masyarakat bekerjasama menghadapi masalah yang melanda kampung mereka. Misalnya
a.    kerjasama ketika menghadapi bencana seperti kejadian banjir besar
b.    gambaran keadaan mereka ketika bekerjasama
c.    kerjasama ketika menghadapi peristiwa gembira seperti majlis perkahwinan ataupun sambutan hari raya
d.    gambaran suasana mereka bekerjasama menjayakan majlis.

C. Penutup
Ï Gambaran masyarakat yang harmoni dan sentiasa bahu-membahu dalam semua hal.






Karangan – Perbincangan
Keadaan cuaca yang berjerebu kerap dikaitkan dengan pembakaran secara tebuka yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bincangkan langkah-langkah berkesan untuk menangani masalah tersebut.
A. Pendahuluan
Peryataan tentang masalah jerebu akibat pembakaran terbuka yang melanda negara sejak akhir-akhir ini. Hala tuju kehendak soalan.
Contohnya:
Sejak akhir-akhir ini masalah jerebu sering melanda negara kita. Antara punca utama yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kerana melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk membendung perkara ini, namun pembakaran terbuka tetap juga berlaku di kebanyakan tempat di negara kita. Justeru, langkah-langkah segera yang berkesan perlu difikirkan sebelum perkara ini merebak dan membahayakan semua pihak.

B. Isi Karangan
Langkah mengatasi masalah pembakaran terbuka.
i. Langkah penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar
  • Pemantauan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti pembakaran.
  • Mengenakan denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

ii. Langkah melalui kempen di media massa secara berterusan
  • Kem pen perlu dijalankan secara berterusan bukannya hanya ketika jerebu melanda.
  • Sentiasa mengigatkan orang ramai tentang bahaya pembakaran secara terbuka.

iii. Peranan orang ramai melaporkan kejadian pemkaran secara terbuka
  • Orang ramai perlu peka terhadap kejadian pembakaran secara terbuka
  • Orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan menyedari bahaya pembakaran terbuka terhadap alam sekitar.





iv. Mengedarkan risalah tentang bahaya pembakaran di tempat awam.
  • Dapat menimbulkan kesedaran kepada orang ramai
  • Dapat sentiasa mengigatkan orang ramai

C. Penutup
  • Pembakaran terbuka jika dibiarkan dapat menyebabkan masalah jerebu yang berterusan dan membahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.
  • Semua pihak harus memainkan peranan bagi mencegah pembakaran terbuka.

Karangan – Perbincangan
Usaha-usaha kearah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia terus mendapat perhatian semua pihak. Bincangkan kepentingan perpaduan kepada masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini.

A. Pendahuluan
Huraian ringkas tentang isu perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

B. Isi karangan
i. Mengelakkan salah faham dan perselisihan antara kaum
ii. Menjamin kesejahteraan dan keamanan negara
iii. memastikan negara terus maju dan bersaing dengan negara lain
iv. menjadikan Malaysia sebagai negara contoh di dunia tentang kejayaan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
v. menjadi isyarat kepada negara lain tentang kekuatan negara kita dalam menangkis ancaman dari luar keranan keuntuhan perpaduan rakyatnya.

C. Penutup
Huraian ringkas tentang kejayaan yang bakal dicipta sekiranya perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dipupuk

Comments