Karangan – Syarahan/ Ceramah/ Ucapan A. Bahagian Pengenalan Bahagian ini merupakan mukadimah ataupun pembuka kata dalam karangan jenis ini. Bahagian ini merupakan kata alu-aluan ataupun kata penghadapan kepada hadirin yang datang. Contohnya: “Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru serta rakan pelajar sekalian. ” Ucapan salam keagamaan juga boleh digunakan oleh para pelajar. Pada bahagian ini juga, dimasukkan tujuan menyampaikan ucapan, syarahan ataupun ceramah dan juga menyatakan tajuk perkara yang hendak disampaikan. Contohnya; “Tujuan saya berada di pentas yang serba indah pada pagi ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk…” B. Bahagian isi atau huraian. Pada bahagian ini, para pelajar perlu menyampaikan isi yang telah dirangka dengan menghuraikan sejelas mungk...